Artikel

Gaji Pekerja Malaysia Disasar Naik 5%, Mulai Tahun Hadapan

Bermula tahun hadapan, terdapat potensi untuk pekerja di Malaysia menerima kenaikan gaji median sekitar 5%, ini lebih tinggi berbanding kenaikan 4.8% pada tahun ini.

Pengamatan laporan Mercer: Total Remuneration Survey ini mendapati kenaikan tersebut adalah tindak-balas kepada keyakinan majikan berhubung status pasaran semasa. Buat pengetahuan, penelitian kenaikan gaji ini merangkumi pertumbuhan ekonomi serta perkembangan permintaan pasara negara.

Setakat ini dilihat kenaikan gaji median Malaysia melebihi kadar purata Asia Pasifik sebanyak 4.4%.

Berdasarkan skop pekerjaan pula, keseimbangan jelas dilihat pada industri teknologi dan peruncitan di Malaysia. Ini kerana kedua industri telah memperlihatkan perolehan yang membrangsangkan pada tahun ini. Meskipun perkembangan gaji bakal berlaku, majikan kekal akui tahun 2023 akan mengehadkan tindakan mereka, khususnya pengambilan pekerja baharu ekoran ketidaktentuan ekonomi kelak.

Mengikut tinjauan sekitar 30% majikan merancang untuk laksana pertambahan pekerja, sementar 1% majikan pula bertindak untuk mengurangkan jumlah pekerja mereka.