Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri kini menyatakan kerajaan akan mempercepatkan Bayaran Keluarga Malaysia (BKM) untuk Fasa Ke-4 seawal 15 November.
Seramai 5.2 juta penerima pelbagai kategori dijangka akan menerima manfaat melalui bayaran BKM ini, dimana penerima akan menerima bayaran sehingga RM900 – mengikut kategori masing-masing.
PM Sementara menyatakan pembayaran dipercepatkan daripada sasaran awal pada Disember kelak, untuk membantu orang ramai dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.