Perkembangan pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dilihat akan terus rancak dengan sasaran pertumbuhannya mencapai lebih 31% menjelang tahun 2030 kelak.
Makluman Bursa Malaysia pada tinjauan Macquarie ini meletakkan matlamat pasaran EV negara berupaya menyumbang 17% kepada jualan tahunan dalam tempoh kurang dari 10 tahun mendatang.
Lebih menarik pertumbuhan ini akan dipacu dengan perkembangan infrastruktur pengecasan di negara – yang sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna akan sokongan panel EV. Dalam tempoh 2030 kelak, Malaysia turut disasar memiliki 18,000 pengecas tersedia untuk menampung 524,409 unit EV yang dikuasakan bateri (BEV) pada jalan raya negara kelak.
Sasaran itu secara langsung turut membawa negara kepada pengurangan 4.4 juta tan pelepasan karbon dioksida.
Setakat ini selain TNB, Shell dan Petronas antara entiti utama yang turut memainkan peranan penting pada pengembangan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.