Sejak memperkenalkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsa pada akhir September 2019, kini BigPay berjaya mencapai nilai transaksi kasar RM1 bilion pada khidmat terbabit.
Menerusi khidmat tersebut, BigPay telah merekodkan pertumbuhan membrangsangkan dengan 41% pada Oktober lalu, angka ini lebih tinggi berbanding data Januari 2022. Berdasarkan 45 koridor yang dimiliki, BigPay memaklumkan jumlah kiriman wang yang keluar tertinggi adalah meliputi dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Flipuna, India dan China.
Melihat pada kerancakkan itu, BigPay turut menyasarkan pertumbuhan mereka semakin melonjak ekoran penyertaan koridor dari United Kingdom (UK) dan negara Eropah kepada 113% bagi Ogos lalu.
Menerusi perkembangan ini, BigPay kekal optimis meluaskan perkhidmatan mereka dan meneroka lebih banyak peluang penawaran produk kewangan di rantau Asia Tenggara.