Binance kini mengatakan mereka menarik-diri daripada perancangan untuk mengambil-alih bursa dagangan kriptowang, FTX.
Langkah ini diambil hanya sehari selepas menyatakan hasrat untuk mengambil-alihnya. Binance turut menyatakan yang mana FTX kini adalah sukar diselamatkan daripada krisis kejatuhan yang dialami.
Untuk makluman, pada awal tahun ini, FTX dinilaikan sekitar $32 bilion. Namun, disebabkan oleh krisis ini, nilainya jatuh mendadak, malah FTX menghadapi masalah untuk memproses pengeluaran hampir $6 bilion oleh para pelanggan dan pengguna FTX. Binance dilihat tidak ingin mengambil-alih FTX kerana masalah pengurusan dana pelanggan, disamping penyiasatan melibatkan agensi dari Amerika Syarikat.
Disebabkan oleh perkara ini juga, ia dilihat memberikan kesan kepada nilai kriptowang yang lain, yang turut mengalami kejatuhan.