Artikel

MYDIN Kini Sedia Kemudahan E-Dagang, Aplikasi – Bersama Sokongan Dropee

Memahami tingkahlaku pengguna dalam pembelian sudah semakin berubah dan memiliki lebih banyak pilihan – tidak hanya berbelanja secara fizikal bahkan turut boleh membeli secara atas talian, MYDIN kini menambah-baik platform e-dagang serta aplikasi mereka bersama sokongan Dropee buat kemudahan pengguna.

Kerjasama ini sekaligus meningkatkan kecekapan jual-beli pasaran negara dan mengembangkan kuasa beli pengguna di seluruh Malaysia.

Bagi peringkat awal pengenalan platform pembelian atas talian MYDIN ini, pengguna hanya boleh memilih kaedah penghantaran bagi tempoh 3 hari hingga 5 hari berdasarkan poskod lokasi para pengguna, sementara kaedah penghantaran pada hari yang sama bagi ‘Kedai Berdekatan Saya’ pula dimaklumkan akan tersedia menjelang akhir tahun ini buat pengguna aktif MYDIN.

Lebih menarik bersama sokongan Dropee ini, pengguna tidak hanya dapat berbelanja secara kecil tetapi turut dibolehkan laksana pembelian secara pukal dan dijangka lebih banyak ciri akan tersedia kelak. Sebarang maklumat lanjut pengguna boleh layari www.mydin.my atau aplikasi MYDIN.