Artikel

Pencen, Gaji Penjawat Awam Dibayar Lebih Awal Bulan Ini – MOF

Kementerian Kewangan pada notis 7 November lalu memaklumkan Perbendaharaan Malaysia telah bersetuju meluluskan permohonan pengecualian AP 105 untuk membenarkan pengeluaran gaji serta pencen buat penjawat awam diawalkan.

Mengikut laporan Kosmo, bayaran pencen akan dilaksanakan pada 14 November ini sementara bayaran gaji pula  akan dilaksanakan pada 17 November. Untuk makluman rutin pembayaran petugas awam adalah setiap 25 hari bulan bagi setiap bulan.

Menerusi pemberian bayaran awal ini, ia sekaligus akan membolehkan para petugas awam merancang perjalanan dan perbelanjaan mereka bersempena PRU15 kelak.