Artikel

Rapid Rail Maklum Masih Kenal-Pasti Punca Gangguan – Isu 16 Stesen LRT Ditutup

Pada sidang media pagi ini (9 November) Rapid Rail pengendali tren LRT memaklumkan pihaknya masih mencari punca sebenar akan isu kerosakan yang didepani pada perkhidmatan tren LRT Kelana Jaya sehingga stesen Ampang Park.

Bagi peringkat awal pihaknya mendapati berlakunya ganguan ATC iaitu ketirisan kawalan automatik, menyebabkan kehilangan signal antara pusat kawalan dan tren, ini sekaligus menjejaskan operasi perkhidmatan LRT.

Menurut pihak pengurusan ini adalah kali pertama pihaknya berdepan isu tergendala yang serius dan mengakui masih mengenalpasti punca gangguan isu LRT tergendala ini. Rapid Rail kini dibantu bersama pasukan khas pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

Kerjasama itu akan merangkumi ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada di perkhidmatan tren negara.

Oleh itu, buat pengguna LRT yang terkesan, anda diminta menggunakan mod pengangkutan alternatif seperti bas perantara percuma yang telah disediakan serta diingatkan untuk mengatur perjalanan anda dengan baik. Ini kerana situasi ini akan mengakibatkan ;

  • Berlakunya kesesakan di LRT yang tidak tergendala
  • Platform bas perantara akan menjadi sesak
  • Permintaan teksi dan seru-pandu akan menjadi lebih tinggi