Syarikat, para peniaga dan pengguna diperhatikan perlu berdepan tekanan kos pada pasaran sehingga dua suku pertama tahun 2023. Tekanan kos ini tidak sekadar meliputi harga jualan barangan, tetapi turut merangkumi tekanan kos operasi, komoditi serta peringkat pembekalan.
Pengamatan penganalisis Kenanga Research dapati rata-rata syarikat ketika ini bergantung kepada polisi lindung-nilai selama 6 bulan untuk meminimumkan atau mengimbangi risiko kehilangan kos mereka. Namun kejatuhan ringgit yang kini lebihi 13% pula terus meningkatkan lagi risiko kenaikan kos input tersebut.
Maka, margin dan pendapatan pemain industri makanan dijangka akan kekal di bawah tekanan sehingga separuh pertama 2023. Ini bermakna di peringkat pembekal – syarikat terpaksa menyerap tekanan harga meskipun berlakunya kenaikan kos dari semasa ke semasa dalam tempoh tersebut.