Binance kini dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena kriptowang, apabila mengumumkan perancangan untuk mengambil-alih FTX.
Pengambil-alihan ini berlaku selepas FTX dilihat mengalami krisis, dan pegangan asetnya jatuh mendadak dalam hanya sekitar dua tiga hari kebelakangan ini.
Usaha pengambil-alihan oleh Binance ini dilihat lebih kepada menyelamatkan FTX dan penggunanya, serta pada masa yang sama pasaran kriptowang. Buat masa ini, Binance telah menyatakan hasrat, dan proses lanjutan akan berlaku sebelum pengambil-alihan ini dimetari sepenuhnya.
Tetapi, pada masa yang sama, pengambil-alihan ini dilihat akan terus membuatkan Binance mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran kriptowang – termasuk memonopolinya. Prosesnya juga dijangka agak sukar, memandangkan Binance diharamkan disejumlah negara, termasuk di Amerika Syarikat.