Artikel

[KEMASKINI] MyRapid: LRT Tergendala, Laluan Kelana Jaya Hingga Ampang Park Ditutup

Ekoran berdepan masalah sistem kawalan tren automatik (ATC) sejak 5 November lalu, LRT bagi laluan Kelana Jaya telah dipandu secara manual antara Stesen KLCC dan Stesen Ampang Park – dan disituasi tersebut telah mengakibatkan pemberhentian tren yang lebih lama di platform berlaku.

Gangguan ini menurut kenyataan MyRapid pada hari ini (8 November) sekaligus telah menjejaskan keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Kelana Jaya.

Dan pada tempoh 40 minit yang lalu, difahamkan pihak tren telah menutu laluan Stesen Kelana Jaya hingga ke Ampang Park buat seketika. Oleh itu bagi pengguna yang terkandas di kawasan berkenaan boleh menggunakan khidmat bas perantara percuma yang disediakan bagi tujuan pengangkutan alternatif.

*Kemas-kini terbaharu

Sekadar perkongsian, berikut adalah kronologi masalah sistem kawalan tren automatik yang berlaku sejak 5 November;

  • Sabtu – 5 November 2022
    • Pada jam 10.34 pagi, salah satu peranti elektronik pada sistem ATC telah mengalami gangguan.
    • Pihak Pusat Kawalan Operasi (OCC) telah menjalankan penetapan semula (reset) pada komponen tersebut.
    • Sistem telah dipulihkan dengan pemantauan pasukan OCC dan teknikal
  • Ahad – 6 November 2022
    • Setelah selesai waktu operasi pada tengah malam, pihak teknikal telah menjalankan kerja baikpulih dengan mengemaskini perisian pada sistem ATC.
    • Ujian telah dijalankan sebanyak tujuh (7) kali dan sistem didapati stabil.
    • Perkhidmatan beroperasi secara normal bermula jam 6 pagi
  • Isnin – 7 November 2022
    • Pada jam 10.38 pagi, salah satu peranti elektronik pada sistem ATC sekali lagi telah mengalami gangguan.
    • Pada pukul 1.10 petang, perkhidmatan tren antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kelana Jaya telah dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada pihak teknikal untuk menjalankan kerja baik pulih sistem ATC.
    • Pada jam 8.39 malam, masalah yang sama telah dikesan yang menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT KLCC.
    • Bagi memastikan keselamatan penumpang, pihak operator telah mengambil keputusan untuk menghentikan perkhidmatan di antara Stesen LRT Ampang Park dan Stesen LRT Kelana Jaya pada jam 10.15 malam. Keseluruhan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah ditamatkan lebih awal pada jam 11.15 malam.
    • Perkhidmatan bas perantara sehingga jam 1 pagi telah disediakan bagi menampung penumpang yang terjejas.
    • Stesen MRT Pasar Seni dan Stesen LRT Pasar Seni (Laluan Sri Petaling/Ampang) turut dilanjutkan operasi sehingga jam 1 pagi