Artikel

Cuti Umum Khas Pada 18 November Sempena PRU15, Akan Dikaji – PM Ismail

Menyedari kepentingan rakyat Malaysia untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pada 19 November kelak, Perdana Menteri sementara Ismail Sabri pada laporan Bernama memaklumkan pihaknya akan mengkaji cadangan pemberian cuti umum khas pada 18 November kelak.

Seperti yang umum ketahui, minggu ini Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah meminta pentadbiran negara untuk mempertimbangkan pemberian cuti khas tersebut – bagi memudah rakyat Malaysia yang juga pekerja negara untuk merancang perjalanan mengundi mereka.

Selain bertujuan mengelak dari kesesakan trafik, usul ini juga untuk memastikan hak pekerja terpelihara sekiranya permohonan cuti mereka dinafikan oleh majikan atas faktor tugasan. Adanya inisiatif cuti umum khas ini, ia sekaligus akan mengelakkan situasi berkenaan berlaku dan tidak meletakkan pekerja dalam dilema tanggungjawab.