Kesan konflik ekonomi bersama krisis perubahan iklim ketika ini, secara langsung boleh mengakibatkan seramai 345 juta penduduk dunia berdepan kebuluran.
Menurut pengamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Agensi Makanan, dunia perlu meningkatkan dana serta sumber untuk menyelamatkan kumpulan ini. Sekiranya tidak diperkasakan segera ia akan membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan kumpulan tersebut. Dan situasi itu akan mengakibatkan ketidakstabilan pada pengagihan sumber makanan untuk penduduk dunia.
Menyentuh soal ketirisan bekalan mentah melibatkan bijirin, PBB menyeru Rusia dan Ukraine untuk mengambil pendekatan bersama bagi memastikan pembekalan bijirin dan baja dapat dilaksanakan tanpa sebarang konflik.
Untuk makluman umum, kedua negara merupakan pengeluar utama bijirin di dunia dan ketiadaan sumber tersebut berupaya meningkatkan lagi risiko kebuluran pada populasi dunia.