Bagi merancakkan lagi kemeriahan bola sepak tanah air, Pos Malaysia kini tampil dengan edisi setem terhad di bawah Set Setem Ku bersempena Piala Malaysia 2022 kepada pengguna awam.
Untuk makluman, set edisi terhad ini hanya tersedia sebanyak 1,800 unit dan dijual pada harga RM45 bagi setiap set. Lebih menarik edisi ini memiliki 16 jenis setem berbeza rekaan serta memaparkan para pemain bola sepak terpilih daripada setiap pasukan yang bersaing dalam Piala Malaysia 2022.
Oleh itu, untuk tindakan pembelian – para pengguna dan pengumpul setem boleh layari laman rasmi Pos Malaysia untuk tindakan pembelian secara atas talian atau boleh merujuk pada 13 kaunter fizikal Pos Malaysia bermula 14 November ini.