Artikel

Robert Kuok Kekal Jadi 100 Orang Terkaya Di Dunia – Nilai Aset $14.9 Bilion

Meskipun mengalami kerugian aset berjumlah $3.38 bilion, Robert Kuok kekal menjadi antara 100 individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan berjumlah $14.9 bilion – pada kedudukan ke-98.

Untuk makluman, hartawan Malaysia ini telah melibatkan diri dalam pelbagai sektor ekonomi – merangkumi perkhidmatan hotel, perkapalan, hartanah, komoditi seperti kelapa sawit dan gula di pasaran tempatan serta global.

Tinjauan pada Indeks Bilionwan Bloomberg setakat awal November ini turut menyenaraikan Tan Sri Dr. Teh Hong Piow pada senarai 500 individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan $6.43 bilion, berada pada kedudukan ke-328.

Selain hartawan tempatan, pada indeks tersebut Elon Musk terus mengekalkan kedudukannya selaku orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan $190 bilion – meskipun telah alami kerugian aset sejumlah $80.4 bilion.

Situasi tersebut berbeza dengan Mark Zuckerberg, peneraju Meta yang jatuh pada kedudukan ke-29 dengan kerugiaan kekayaan lebih $88 bilion, ia lebih tinggi berbanding Elon Musk.