Artikel

BigPay Kini Membolehkan Pengguna Tambah Nilai Dengan Kriptowang

BigPay, aplikasi dompet digital dan pembayaran serantau kini menampilkan ciri baharu iaitu tambah nilai kriptowang, melalui kerjasama TripleA – penyedia pembayaran kriptowang berlesen di bawah bank pusat Singapura (MAS).

Ini bermakna ciri tambah nilai kriptowang tersebut akan membolehkan pengguna menukar aset kripto mereka kepada wang tunai yang dapat dibelanjakan pada kad debit BigPay dengan mudah.

Mengikut makluman Capital A, setakat ini kriptowang yang diterima pada ciri tersebut ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), USD Coin (USDC) dan Tether (USDT) dan nilai selanjutnya akan dikembangkan kelak. Pelancaran ciri baharu BigPay pada kaedah debit dan kad kredit ini mengikut kenyataan dijamin akan menjadi proses penukaran yang telus yang tidak memerlukan bayaran tersembunyi untuk pengguna seperti yang dilihat dalam banyak urus niaga kripto ke fiat.

Selain sokongan ciri ini, BigPay di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaan 2019 turut menambah 3 perkhidmatan baharu kepada Lesen Institusi Pembayaran Utama (MPI) yang dikeluarkan oleh MAS untuk perkhidmatan pengeluaran akaun, pemindahan wang domestik dan perkhidmatan pengeluaran e-wang di Singapura.

Adanya gagasan baharu ini, ia dilihat akan membantu BigPay menggandakan pangkalan kapasiti pengguna mereka di Singapura. Sementara penggunanya di Malaysia, dilihat lebih 2 juta pengguna negara telah berjaya miliki akses kewangan melalui rangkaian yang tersedia di bawah BigPay.