Artikel

Touch n Go eWallet Memperluaskan Sokongan Ke China Melalui Sokongan Alipay+

Touch n Go eWallet hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Alipay+, sekaligus membolehkan para pengguna dompet digital tersebut menggunakannya untuk tujuan pembayaran di China.

Pembayaran di China menggunakan TNG eWallet boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR Alipay+ di pekedai-pekedai di negara tersebut.

Selain di China, sebelum ini, perkhidmatan TNG eWallet turut telah boleh digunakan di Singapura, Jepun dan Korea Selatan melalui kerjasama Alipay+.

Langkah pengenalan ini memudahkan lagi pengguna menggunakan satu dompet digital di negara lain, tanpa risau perlu membuat tukaran mata wang dan sebagainya.