Artikel

Datasonic Perolehi Kontrak KDN, Bekal Kad Pekerja Asing Bernilai RM140 Juta

Datasonic Group kini menerima kontrak bernilai RM140 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tujuan membekalkan kad pekerja asing (I-Kad) kepada Jabatan Imigresen.

Perolehan kontrak melalui anak syarikatnya Datasonic Technologies itu pada makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan ia berkuat kuasa dalam tempoh 36 bulan, mulai 1 November lalu sehingga 31 Oktober 2025 kelak.

Maka di bawah kontrak tersebut Datasonic dikehendaki kemukakan bon prestasi RM2.33 juta kepada kementerian dalam tempoh yang sah tersebut. Ia juga perlu menjalankan latihan dan pendidikan profesional buat usahawan di bawah program kerajaan – melibatkan sekitar 58 peserta tanpa kos kepada pentadbiran negara.

Menerusi kesepakatan kontrak itu, dijangka ia akan menyumbang kepada pendapatan positif buat kumpulan dan aset bersih mereka menjelang tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2023 kelak.