Artikel

Pengasas Mamee, Pang Chin Hin Meninggal Dunia Di Usia 96 Tahun

Pang Chin Hin, individu yang bertanggungjawab membina empayar snek Mamee sejak 51 tahun ini, dimaklumkan telah meninggal dunia pada tanggal 5 November di usia 96 tahun.

Sekadar imbasan buat para pengguna, mendiang pengasas Mamee ini telah mula menubuhkan syarikat pengeluaran makanan yang awalnya dipanggil Pacific Food Sdn Bhd ini pada tahun 1971 setelah itu beliau bertindak mengubah penjenamaan kepada Mamee-Double Decker Sdn Bhd.

Melalui perluasan dan perkembangan Mamee di pasaran global mengikut laporan, pengasas Pang Chin Hin turut berjaya membawa Mamee ke senaraian awam pada tahun 1992. Apa yang menariknya mendiang pada tahun 2015 turut membuka Mamee Jonker House iaitu cawangan fizikal yang memiliki konsep snek popularnya. Melalui langkah itu ia berjaya menjadi antara tarikan buat pengguna dan pelancong di Melaka.

Buat pengetahuan umum, di bawah Mamee terdapat pelbagai aneka snek dikeluarkan – ia merangkumi mi snek, biskut, minuman ringan dan mi segera. Antara meliputi jenama seperti Mamee Chef, Mister Potato dan Monster.