Artikel

Shopee : 75% Pengguna Ikuti Pempengaruh Untuk Tingkatkan Pengetahuan Pembelian Produk

Shopee Malaysia pada minggu lalu, telah melaksanakan sidang maya berhubung masa hadapan platform e-dagang dengan pempengaruh (influencer) di Malaysia bersama kumpulan komuniti.

Melalui forum itu, didapati 75% pengguna akui mengikuti video tutorial pempengaruh untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan mengetahui lebih lanjut akan pengetahuan pembelian produk. Dapatan ini secara langsung memperlihatkan penyertaan pempengaruh di Malaysia semakin berkembang dan mulai menjadi rujukan buat pembeli atas talian.

Situasi itu dapat diperlihat pada segmen Shopee Live yang menunjukkan 27% daripada pembeli Shopee gemar menjadikan medium tersebut sebagai pendidikan dan hiburan untuk mereka.

Lebih menarik pada forum tersebut juga, panel pempengaruh di bawah All Stars Shopee Live turut berkongsikan pihak mereka tidak sekadar mengulas akan penggunaan produk atau berkongsikan ganjaran menarik tetapi turut memastikan maklum-balas yang diberi kepada pengguna bertepatan dan telus – ini bagi menjamin keyakinan pengguna pada pembeliannya untuk jangka masa panjang.