Seawal minggu ini, syarikat induk Facebook-Meta dijangka akan memulakan rancangan pemberhentian pekerjanya. Dianggarkan ribuan petugas bakal terkesan akan pelan pengurangan tenaga kerja tersebut.
Pelaksanaan secara skala besar ini adalah tindak-balas Meta akan tekanan kos operasi yang didepani mereka dalam tempo ketidaktentuan ekonomi ketika ini. Di mana pihak kumpulan menyasarkan pengurangan kos sehingga 10% setiap bulan untuk memastikan kecekapan operasi dicapai. Buat pengetahuan umum, setakat ini Meta memiliki lebih 87,000 petugas.
Langkah itu secara langsung mengikut laporan menjadikan ia sebagai langkah pertama Meta melaksanakan pengurangan tenaga kerja dan menjadi jenama seterusnya setelah beberapa syarikat teknologi mula menamatkan sebilangan pekerja mereka – antaranya seperti Twitter pada minggu lalu.