Peningkatan buat kali keempat sejak Mei 2022 lalu, memperlihatkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara berpotensi mencapai kadar sebelum pandemik iaitu 3.00% pada Januari 2023 kelak.
Ambank Research pada tinjauan sorotan ekonomi mendapati sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berupaya menaikkan tambahan 25 mata asas (bps) lagi pada pengumuman seterusnya iaitu Januari tahun hadapan.
Kenaikan OPR ini berlaku susulan hasil tindak-balas penyedia ekonomi negara ke atas tekanan inflasi di peringkat domestik dan kelemahan Ringgit yang kini telah mencapai penyusutan 13.9% pada tahun ini. Untuk makluman setakat ini, Malaysia telah alami kenaikan OPR sekitar 100 bps bagi sepanjang tahun 2022.
Meskipun begitu, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia pada pandangan Tengku Zafrul – Menteri Kewangan sementara negara dilihat kekal utuh dan memiliki peluang yang luas untuk terus membanting prestasi ekonomi negara walaupun berdepan kenaikan OPR secara berturutan.