Artikel

Seramai 945 Calon Bertanding Di 222 Kawasan Parlimen Pada PRU15

Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 kelak. Menariknya, PRU15 kali ini menyaksikan jumlah calon bertanding yang tinggi, iaitu seramai 945 calon secara keseluruhannya, bertanding di 222 kawasan Parlimen.

Secara purata, setiap kawasan mempunyai hampir 4 orang bertanding dalam merebut kawasan Parlimen berkenaan.

Sebanyak 82 kawasan Parlimen menyaksikan pertandingan 4 penjuru, dan diikuti 54 Parlimen dengan pertandingan 3 penjuru. Satu Parlimen turut menyaksikan pertandingan mencapai 10 penjuru.

Daripada jumlah calon yang bertanding, 818 adalah lelaki, dan 127 adalah wanita. Majoriti besar berumur antara 50-59 tahun, iaitu seramai 298 orang, dan diikuti 258 orang berumur lebih 60 tahun. Hanya 19 orang calon sahaja yang berumur antara 21-29 tahun, dan calon paling muda adalah berumur 23 tahun, bertanding di Parlimen Tenom bawah tiket Bebas.