Hari ini nilai mata wang tempatan dibuka pada paras yang sama kekal sekitar 4.7425/7460, sama dengan paras penutupan Khamis, hari sebelumnya.
Melihat pada nilai tersebut, pemerhatian Hong Leong Investment Bank Research melihat perubahan Kadar Dana Persekutuan (FFR)-Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka akan terus melemahkan nilai Ringgit.
Untuk makluman pelebaran spread FFR-OPR dilihat telah meningkat dari pertambahan 63 bps (mata asas) kepada pertambahan 113 bps. Ini sekaligus memungkinkan aliran Ringgit lemah dan disasar mencapai paras 4.80 menjelang akhir tahun ini, sementara secara purata pula nilai Ringgit tahun ini dijangka sekitar 4.44.
Buat pengetahuan umum, Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu ini telah melaksanakan kenaikan OPR kepada 2.75% – situasi tersebut secara langsung turut meningkatkan tekanan kadar pinjaman kalangan rakyat negara.