Seiring dengan kerancakkan sebelum hari penamaan calon pada 5 November ini, dimaklumkan sebanyak 4,326 borang percalonan bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dijual.
Menurut makluman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini, jumlah jualan borang tersebut merangkumi 3,036 borang penamaan calon Parlimen, sementara 1,290 borang penamaan calon lain melibatkan DUN.
Setakat ini penjualan borang penamaan calon Parlimen didominasi Sabah dengan 716, diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur dan Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100), Melaka (73), Perlis (52), dan Negeri Sembilan (24).