Artikel

Pulau Pinang Cadang Banyakkan Aktiviti Penambakan Tanah, Bagi Tujuan Pembangunan

Bagi memastikan pembangunan negeri terus mampan dan kebajikan generasi penduduk dapat dipenuhi, Kerajaan Pulau Pinang bercadang laksana lebih banyak aktiviti penambakan tanah – untuk meningkatkan simpanan tanah negeri tersebut.

Menurut Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa NegeriĀ  pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini (4 November) langkah itu tidak dapat dielakkan untuk memastikan agenda pembangunan negeri dapat diperkasakan.

Malah matlamat tersebut mengikut makluman dijelaskan dapat memberi jaminan buat generasi muda untuk memiliki aset melalui pembangunan kediaman di Pulau Pinang.