Felcra kini memilih Sungai Damak, Pahang dengan kapasiti 20 hektar bagi membangunkan projek ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup, untuk mencapai hasil pengeluaran sekitar 1.5 juta ekor ayam setahun.
Pembangunan bernilai RM20 juta ini dilaksana selari dengan Pelan Tindakan Dasar Keselamatan Makanan Nasional bagi 2021 sehingga 2025 negara kelak.
Melalui konsep sistem tertutup ini, ia akan memperlihatkan penerapan pendingin hawa, disamping membantu petugas menjimatkan masa dalam kaedah penternakan serta membantu petugas menangani isu masalah lalat ketika proses penternakan dilaksanakan.
Malah projek ini menurut laporan turut disasar membantu negara memenuhi permintaan pasaran semasa di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat khususnya kawasan yang mengalami krisis permintaan telur dan ayam.