Artikel

Maybank Naikkan Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas – Mulai 7 November

Bertindak-balas kepada pengumuman paras OPR 2.75% baharu pada hari ini (3 November) – Maybank kini melaksanakan pelarasan semula kadar faedah mereka. Iaitu menaikkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) kepada 25 bps (mata asas).

Ini bermakna BR Maybank akan menjadi lebih tinggi daripada 2.50% kepada 2.75%. Manakala BLR pula akan diselaraskan daripada 6.15% kepada 6.40%.

Untuk makluman penguatkuasaan ini akan bermula 7 November kelak.

Selain kadar tersebut, Maybank juga akan menaikkan Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan asas sebanyak 25bps bermula tempoh yang sama.