Artikel

Permohonan Pinjaman Djangka Terus Terjejas, Susulan OPR Naik Kali Keempat

Pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% pada hari ini (3 November) secara jelas memberi gambaran penyusutan kepada segmen permohonan pinjaman.

Ini kerana setakat September lalu, status permohonan pembiayaan isi rumah dilihat kembali menyederhana kepada 21.2% dan status kelulusan pinjaman turut dilihat menurun 14% berbanding data sebelumnya – namun jumlah RM67.8 bilion yang dicatatkan masih lagi tinggi berbanding sebelum pandemik sekitar RM40 bilion.

Situasi penyusutan itu mengikut penyelidikan RHB Investment Bank minggu ini, ekoran dasar monetari Malaysia yang semakin diperketatkan. Kini paras OPR yang menghampiri nilai 3% tersebut dijangka akan terus menyusutkan status kelulusan pinjaman negara kelak.

Manakala bagi pertumbuhan pinjaman dalam kalangan perniagaan juga menunjukkan penurunan kepada 5.2% mengikut data BNM – di mana sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas yang lebih tinggi.  Namun begitu, pengeluaran pinjaman kekal mampan, didorong terutamanya oleh segmen perdagangan borong, perkilangan pengguna dan kejuruteraan awam.