Ketika Elon Musk diperkatakan akan mengurangkan jumlah pekerja di Twitter bagi melandaikan kos operasi syarikat, terdapat juga pertimbangan untuk mengarahkan seluruh petugas Twitter kembali bekerja di pejabat.
Hasrat itu secara langsung akan membawa kepada penamatan polisi bertugas di luar atau di mana jua.
Mengikut Reuters, meskipun Twitter tidak memberi sebarang maklum-balas isu tersebut dijangka pada peringkat awal Elon akan menamatkan satu perempat tenaga kerja media sosialnya – namun masih tidak diketahui jumlah sebenar berikutan Elon tidak memuktamadkan sebarang spekulasi tersebut.