Jam 9 pagi hari ini (3 November), nilai mata wang negara telah dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan menyusut kepada 4.7410/7460 daripada penutupan semalam 4.7360/7400.
Untuk makluman, ini penyusutan hari keenam berturut-turut yang dipaparkan Ringgit.
Selain nilai Ringgit, Bursa Malaysia turut dibuka rendah hari ini dengan kebanyakan indeks dilihat dalam zon negatif ekoran sentimen belian lebih lemah. Buat pengetahuan umum, kedudukan Ringgit juga dipengaruhi langkah bank pusat AS (Fed) kini telah menaikkan paras kadar faedah mereka sekitar 0.75% dan tindakan ini sekaligus akan memberi kesan kepada inflasi serta kegiatan ekonomi yang lebih perlahan.
AS berpandangan setakat ini tiada petunjuk mencerminkan tindakan peningkatan kadar faedah perlu dihentikan seketika, langkah itu akan diketahui berdasarkan perubahan pasaran semasa kelak.