Artikel

Harga Minyak Masak Botol 5kg Turun Sehingga 60 Sen

Berkuat kuasa 8 November ini, rakyat Malaysia akan menikmati penurunan harga minyak berbotol pada kadar baharu iaitu minyak masak 1kg kepada RM6.90, 2kg kepada RM13.30, 3kg kepada RM19.60 dan 5kg kepada RM30.90 sehingga 7 Disember kelak.

Penurunan ini jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meliputi pelarasanp purata harga minyak sawit mentah dunia.

Oleh itu, pihak peniaga diminta peka akan perubahan pelarasan harga jualan minyak masak berbotol ini di pasaran negara kelak. Sekiranya didapati gagal mengikuti penetapan, pihak terlibat boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta berdepan pengenaan penalti.