Seiring dengan kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum (PRU15) ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memberi peringatan kepada pihak berkaitan untuk tidak memasang bendera, menampal poster atau menggantungkan sebarang bahan kempen politik di pepasangan elektrik milik syarikat utiliti tersebut bagi tempoh 5 November sehingga 18 November.
Tindakan tersebut merangkumi seluruh komponen elektrik TNB seperti tiang elektrik, pencawang, peti pembekal dan menara.
Kegagalan mengikuti arahan tersebut dilihat menyalahi peruntukan di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan akan berpotensi mengakibatkan gangguan bekala elektrik serta merosokkan harta benda awam. Lebih membimbangkan ia akan memberi ancaman kepada orang awam.
Selain itu, situasi tersebut turut akan menghalang kerja-kerja penyelanggaraan TNB sekiranya terdapat pemasangan sedemikian.