Artikel

Kuasa Beli Pengguna Malaysia Dijangka Menurun, Pada Akhir 2022

Walaupun terkesan dek peningkatan inflasi dan kos, sektor runcit negara dilihat masih stabil berikutan permintaan yang mengukuh. Akan tetapi situasi kelembapan ekonomi dapat dilihat lebih jelas menjelang suku akhir 2022 ini.

Menurut Retail Group Malaysia (RGM), aliran perbelanjaan pengguna yang disasar akan lebih perlahan ini akan bergantung pada perubahan tingkahlaku pembelian pengguna dan corak perbelanjaan pengguna pada ekonomi semasa.

Malah semua pihak perlu sedari tekanan inflasi dan ketidakseimbangan kos turut akan membebankan perniagaan dari semasa ke semasa, ditambah juga tekanan ketiadaan permintaan pekerjaan dalam bidang tertentu.

Setakat ini pertumbuhan bagi suku pertama hingga suku ketiga lebih tinggi, namun anggaran pertumbuhan suku keempat diteliti akan mencapai bawah 3.6% kepada 1.0% – sasaran itu merangkumi ketidaktentuan ekonomi industri runcit kelak.

Oleh itu, bagi merancakkan pertumbuhan RGM pada laporan melihat pemain industri perlu mempelbagaikan saluran pembelian runcit kepada pengguna. Tidak hanya tertakluk kepada kedai fizikal semata tetapi terus menggalakkan penyertaan promosi medium media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Aplikasi serta platform e-dagang.