Pelaksanaan perjanjian akses 5G bersama 5 Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) bersama Digital Nasional Berhad (DNB) kini dilihat sebagai aturan penting untuk negara merealisasikan matlamat Malaysia – memacu pembangunan ekonomi digital.
Tengku Zafrul pada kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (2 November) memaklumkanĀ penyertaan 5 MNO tersebut dijangka akan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat negara dalam perolehan ketersambungan 5G.
Berdasarkan kesepakatan itu, rangkaian 5G kini telah mencakupi hampir 11 juta pendudukĀ di seluruh Malaysia bersamaan dengan lebih daripada 33% liputan di kawasan berpenduduk.
Setakat akhir Ogos, DNB dilihat kekal berada dilandasan pelan untuk mencapai kira-kira 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun 2024 kelak.
Menerusi kebersamaan MNO ini, 5 pengendali tersebut berpotensi menjimatkan sekitar RM30 bilion dari segi kos pembinaan infrastruktur dalam tempoh 10 tahun akan datang dan turut membolehkan syarikat mereka mengfokuskan kepada penambah-baikan khidmat 4G dan persediaan 5G.
MOF pada masa yang sama turut menyasarkan penyertaan 5G ini akan meningkatkan produktiviti buruh negara, disasarkan sekitar 750,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi akan tersedia dengan jangkaan negara menjana sekitar RM650 bilion pada KDNK menjelang tahun 2030.
Untuk makluman umum, pelaksanaan pembangunan 5G ini melan perbelanjaan sekitar RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun, tanpa jaminan kerajaan selain suntikan ekuiti yang disalurkan berniai RM500 juta pada pemulaan operasi DNB.
Ini senarai 5 MNO terlibat Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) telah menandatangani Perjanjian Akses 5G masing-masing bersama DNB.