Jika dibandingkan pada data 2019, ternyata kadar pemilikan kediaman dalam kalangan warga emas di Malaysia semakin melonjak.
Pengamatan Juwai IQI menunjukkan peningkatan kemudahan dan ciri keselamatan pada pangsapuri telah menjadi faktor pendorong kepada warga emas untuk memiliki unit kediaman mereka di usia 60-an. Mengikut tinjauan kebiasaanya pembelian pada projek bertingkat tinggi dalam kalangan kumpulan ini akan menyumbang sekitar 2% sahaja tetapi kini mencapai 5%.
Sekiranya permintaan ini berterusan, projek kediaman mesra warga emas berpotensi meraih pendapatan premium sehingga 15% menjelang tahun 2025 kelak.
Berlandaskan tinjaun, ini peratusan kadar pemilikan rumah mengikut kategori umur di negara;
- Penduduk berusia 60-an sekitar 68%
- Penduduk berusia 50-an sekitar 61%
- Penduduk berusia 40-an sekitar 43%
- Penduduk berusia 30-an sekitar 31%
- Penduduk berusia 20-an sekitar 12%