Artikel

AirAsia X Diberi Masa Sehingga April 2023, Serahkan Pelan Pelarasan Semula

Dalam tempoh 6 bulan, AirAsia X (AAX) dimaklumkan perlu menyerahkan pelan penyelarasan semula struktur operasi kepada pihak berkuasa pengawalselia.

Kenyataan pada Bursa pada minggu ini menjelaskan pada tarikh 1 November pihaknya memberi lanjutan kepada syarikat penerbangan tambang rendah itu untuk memiliki masa menyerahkan pelan tersebut.

Syarikat yang berstatus PN17 ini untuk makluman telah memperlihatkan rekod kerugian pada suku keempat yang berakhir pada 30 Jun lalu dengan mencatatkan penyusutan bersih RM652.52 juta.

Buat pengetahuan umum PN17, atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan