Seperti yang umum sedia maklum, pembentangan Bajet 2023 akan dilaksanakan semula setelah Malaysia selesai membentuk pentadbiran baharu – akan tetapi terdapat kemungkinan usul bajet tersebut alami beberapa pelarasan.
Situasi ini menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara pada sidang Masa Hadapan Asia TheStraitsTimes memaklumkan ia berpotensi berlaku ekoran perubahan tampuk pimpinan dan perubahan kedudukan ekonomi negara ketika itu.
Selain persoalan tersebut pihak MOF turut menjangkakan kutipan hasil negara akan berkurangan sebanyak 4.4% kepada RM272.6 bilion atau kurang 15% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2023 kelak.
Maka jangkaan tersebut perlu ditangani dengan pelbagai inisiatif baru untuk mengimbangi struktur perolehan Malaysia.