Pada jam 9 pagi hari ini (1 November) memperlihatkan nilai mata wang tempatan terus menyusut, dibuka rendah berbanding dolar AS kepada 4.7310/7350 daripada penutupan isnin dengan 4.7260/7300.
Persekitaran itu didorong tindakan pelabur yang kini laksana sikap berhati-hati untuk menanti langkah kenaikan kadar faedah oleh perbendaharaan (Fed) AS pada minggu ini. Selain itu, nilai Ringgit yang semakin lemah juga turut terkesan akibat harga minyak mentah yang semakin merosot.
Malah nilai Ringgit juga disasarkan akan mengukuh dan di paras 4.66 pada akhir November kelak, sentimen positif itu dijangka berlaku setelah pilihan raya negara selesai dan mencapai pemilihan pemimpin baharu.