Artikel

35% Rakyat Malaysia Ingin Kerajaan Basmi Kemiskinan, Atasi Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam usaha negara untuk membentuk pentadbiran baharu tidak lama lagi, ternyata 44% rakyat Malaysia menzahirkan keutamaan dalam pemilihan haruslah bersandarkan kepada agenda pemimpin memulihkan ekonomi di Malaysia.

Tinjauan di firma penyelidikan Ilham Centre bersama O2 Malaysia, Huayan Policy Institute dan Centre for Malaysian Chinese Studies itu bersama 1,622 responden memperlihatkan keinginan rakyat negara untuk memperkasakan semula sektor ekonomi Malaysia. Di mana 35% reponden pula menyatakan ingin pentadbiran baharu beri tumpuan pada isu melibatkan pembasmian kemiskinan dan tekanan kos sara hidup.

Ini kerana isu tekanan kos sara hidup negara turut meningkat bersama paras inflasi sekitar 4.5% setakat September lalu, situasi tersebut sekaligus akan menghimpit pengguna dengan menjejaskan aliran perbelanjaan negara. Dan perkara itu akan memberi kesan kepada struktur ekonomi Malaysia.

Akan tetapi, pada laporan dapatan juga memperlihatkan hanya 8% responden sahaja ingin memberi penekanan kepada tangani rasuah negara, diikuti 3% mahu isu jurang perkauman dibaik-bulih dan hanya 1% menginginkan reformasi pada institusi-tadbir urus kerajaan.