Artikel

KTMB Sedia Tiket Tren Khas, Tambahan Tren ETS Sempena PRU15

Bagi memudahkan rakyat Malaysia melunaskan tanggungjawab mengundi Pilihan Raya Umum ke 15 kelak, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perkhidmatan tambahan tren khas ke Pantai Timur dan bersama tambahan  8 khidmat tren elektrik (ETS), bermula 18 November sehingga 20 November. 

Menerusi kemudahan tersebut, para engguna akan memperlihatkan penawaran sekitar 716 tiket untuk perkhidmatan tren khas tersebut, diikuti 2,520 tiket pula bagi tambahan tren ETS. 

Buat pengetahuan umum, pembelian tiket tersebut dibuka bermula hari ini (1 November) pada jam 2 petang kelak, ini perincian perjalanan untuk orang awam;

  • Perkhidmatan tren khas KTMB  – dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya
  • Perkhidmatan tambahan tren ETS – dari Stesen KL Sentral ke Stesen Padang Besar dan sebaliknya
  • Perkhidmatan tambahan tren ETS – dari Stesen Butterworth ke Stesen KL Sentral

Maka sebarang makluman lanjut, orang awam boleh mengatur perjalanan mereka dengan layari aplikasi KTM Mobile atau laman rasmi KTMB.