Artikel

Tony Fernandes Letak Jawatan Selaku CEO Kumpulan AirAsia X

Berkuat kuasa hari ini (31 Oktober) Tony Fernandes selaku peneraju Capital A kini menamatkan tugasnya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd.

Langkah tersebut mengikut makluman Bursa Malaysia, tindakan peletakan jawatan ini ekoran memiliki komitmen dan tanggungjawab lain pada jenamanya. Setakat ini tiada sebarang perincian lanjut berhubung tindakan tersebut.

Untuk makluman AirAsia X telah bertapak sejak Mei 2007 dan telah melantik Tony selaku CEO semula pada Julai lalu.