Artikel

Individu Positif COVID-19 Dibolehkan Mengundi, SPR Akan Umum SOP Kelak – KKM

Rakyat Malaysia yang diklasifikasikan positif COVID-19 pada tempoh mengundi 19 November kelak, dimaklumkan akan dibolehkan keluar mengundi.

Perkongsian itu pada sidang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (31 Oktober) menjelaskan langkah kebenaran tersebut meliputi hak rakyat Malaysia dalam Perlembagaan negara.

Jelas Menteri Kesihatan sementara Khairy Jamaluddin, pihaknya telah menghantar pandangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang selamat ketika hari mengundi kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka dalam tempoh terdekat difahamkan SPR akan memaklumkan aturan SOP tersebut.

Manakala itu, bagi calon bertanding yang didapati positif COVID-19 pula dinasihati melaksanakan fasa kuarantin dan berkempen secara maya sahaja. KKM melihat tempoh kuarantin ketika ini lebih singkat dan ia turut membantu negara menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.