Artikel

Hanya 6% Pengguna Malaysia Didapati Tidak Pernah Berbelanja Secara Atas Talian

Tabiat pembelian kalangan pengguna Malaysia kini dilihat semakin meluas, apabila berlakunya peningkatan dalam sektor atas-talian meskipun sekatan pergerakan telah ditamatkan.

Perubahan itu menurut tinjauan Perkhidmatan Kewangan 2022 GlobalData, menyasarkan pasaran e-dagang negara berpotensi berkembang sekitar 19.9% dengan nilai mencecah $9.2 bilion (RM38.2 bilion) pada tahun ini, 2022.

Jangkaan tersebut bermakna bakal menyaksikan jualan e-dagang di Malaysia meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompun (CAGR) sekitar 16.1% bagi tempoh 2022-2026 dengan nilai mencapai 16.6 bilion menjelang tahun 2026 kelak. Aliran ini diperhatikan sejak jualan atas talian sebanyak $7.6 bilion dicatatkan negara pada tahun 2021.

Walaupun potensi e-dagang Malaysia melonjak dan dianggarkan hampir 90% pengguna Malaysia memanfaatkan platform pembelian atas talian seperti e-dagang namun didapati sekitar 6% pengguna Malaysia tidak menunjukkan sebarang tingkahlaku terlibat dalam pembelian atas talian.

Seterunsya GlobalData pada masa yang sama turut menakrifkan Malaysia antara pasaran e-dagang yang pesat di serantau Asia Tenggara. Ini didorong penggunaan telefon pintar yang tinggi serta penembusan internet yang semakin meluas dalam kalangan penduduk negara.