Artikel

SC Umum Tubuhkan Dana Inovasi Digital RM30 Juta, Galakkan Pasaran Modal

Memahami keperluan untuk menyokong pemulihan ekonomi sering pemerkasaan dalam arena pendigitalan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada hari ini (31 Oktober) memaklumkan pengenalan inisiatif baharu berkaitan digital – ECF, P2P dan DAX – bagi merangsang pertumbuhan pasaran modal negara ditampilkan.

Antaranya inisiatif yang tersedia adalah DIGID – Dana Inovasi Digital berjumlah RM30 juta untuk galakkan pendigitalan pasaran modal negara. Di mana medium ini menggalakkan pemain pasaran modal yang lebih kecil mengguna pakai penyelesaian digital yang inovatif dan pembangunan penyelesaian yang memberi kesan kepada aktiviti penjanaan modal dan pelaburan mereka.

SC mengalukan pemain industri berkaitan untuk mengemukakan permohonan mereka mulai 1 Januari 2023 kelak. Calon yang berjaya dimaklumkan akan menerima pembiayaan secara bayaran balik selepas memenuhi penyerahan pencapaian yang telah dipersetujui. Jumlah pembiayaan akan menampung sehingga 70% daripada perbelanjaan kelayakan yang diluluskan, dihadkan pada RM500,000 setiap projek.

Melalui inisiatif tersebut SC menyasarkan peluang tersebut akan membolehkan usahawan di bawah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) memiliki akses yang lebih baik dalam pembiayaan bagi pengembangan perniagaan syarikat mereka dalam arena digital.

Sebarang perincian lanjut, orang awam boleh layari laman rasmi SC untuk mengetahui penjelasan seterusnya berhubung inisiatif digital baharu ini.