Artikel

SSM Lanjut Diskaun 90% Kompaun Bagi Semua Kesalahan, Di Bawah Akta Syarikat 1965

SSM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia kini mengumumkan lanjutan pengurangan kompaun 90% daripada nilai asal kompaun untuk semua kesalahan, tertaklum di bawah Akta Syarikat 1965.

Langkah itu untuk makluman, akan dilanjutkan mulai 1 November sehingga 31 Disember kelak. Insentif ini menurut SSM, memberi kelonggaran kepada syarikat dan pengarah syarikat yang layak untuk menerima pengurangan 90% kompaun dari nilai asal.

Ini bermakna, usaha tersebut dapat membantu kumpulan peniaga untuk melanjutkan operasi perniagaan yang terkesan susulan ketidaktentuan ekonomi semasa dan kesan COVID-19 sebelum ini yang masih dirasai.

Selain pengurangan itu, beberapa inisiatif lain turut dimaklumkan SSM. Antaranya adalah mencadangkan pindaan menambahbaik peruntukan Akta Syarikat 2016 – di mana membolehkan syarikat yang berdepan masalah kewangan memohon proses pemulihan korporat bersesuaian untuk membantu operasi syarikat.