Artikel

Ringgit Menyusut, Dijangka Kekal Paras 4.73-4.75 Berbanding Dolar AS

Jam 9 pagi hari ini (31 Oktober), memperlihatkan nilai mata wang tempatan dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Dengan nilai menyusut kepada 4.7260/7310 daripada hari penutup minggu lalu sekitar 4.7225/7275.

Persekitaran tersebut didapati didorong hasil lonjakan secara berterusan kadar faedah perbendaharaan AS iaitu Fed dilihat akan terus meningkatkan indeks dolar – sekaligus melemahkan nilai Ringgit.

Tidak hanya itu, paras sekitar RM4.73-RM4.75 nilai mata wang negara juga disasarkan kekal susulan peningkatan yang dijangka berlaku pada kadar dasar semalaman (OPR) yang akan diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 November kelak.

Dijangka bank pusat negara akan menaikkan sebanyak 25 bps (mata asas) kepada 2.75% pada bulan hadapan.

Situasi ini seterusnya akan terus disokong tekanan kenaikan kadar 75 bps (mata asas) oleh Fed AS yang turut disasar berlaku pada bulan hadapan. Langkah itu berpotensi membawa kadar pinjaman yang lebih tinggi sekitar 4%.