Artikel

Taco Bell Malaysia Sasar Dalam Tempoh 61 Hari, Miliki 20 Cawangan

Berbaki 61 hari lagi sebelum Malaysia mengakhiri tahun 2023, jenama Taco Bell merancang untuk mencapai sasaran 20 cawangan restorannya di negara – susulan permintaan pengguna yang dilihat terus meningkat.

Setakat ini cawangan jenama taco antarabangsa di negara adalah sekitar 15 cawangan di serata Malaysia. Dan berdasarkan perancangan pada tahun hadapan, Taco Bell Malaysia turut menyasarkan memiliki 22 lagi cawangan baharu pada tahun 2023 dan ingin membangunkan 3 segmen pandu-lalu untuk kemudahan pengguna di cawangan terpilih.

Pihak Taco Bell menjelaskan startegi perluasan jenama ini, sebahagian daripada agenda mereka untuk memenuhi citarasa budaya Mexico di negara. Lebih menarik, pihaknya menjamin penawaran harga yang berpatutan akan terus ditawarkan kepada pelanggan meskipun berdepan tekanan ekonomi semasa.