Artikel

Gaji Pekerja Malaysia Dijangka Naik Lebih 2%, Mulai Tahun 2023

Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka.

Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja. Berdasarkan perkiraan, peningkatan gaji benar ini didasari pertumbuhan gaji nominal ditolak dengan kadar inflasi.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain turut disasarkan menaikkan gaji benar rakyat mereka – antaranya Vietnam (4.0%), Thailand (2.2%) dan Filipina (1.6%).

  • India (4.6%)
  • Vietnam (4.0%)
  • China (3.8%)
  • Arab Saudi (2.3%)
  • Kemboja (2.2%)
  • Malaysia (2.2%)
  • Thailand (2.2%)
  • Oman (2.0%)
  • Rusia (1.9%)
  • Taiwan (1.8%)
  • Filipina (1.6%)
  • Hong Kong (1.6%)
  • Macau (1.6%)