Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini dilihat semakin menurun, apabila memaparkan prestasi menyederhana dengan catatan 4.9% pada September 2022.
Paras harga ini dilihat jauh lebih rendah berbanding data bulan sebelumnya iaitu 6.8% pada Ogos lalu.
IHPR adalah untuk mengukur purata perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dalam sesuatu industri.
Hasil tinjauan Jabatan Perangkaan (DOSM) pada hari ini (28 Oktober) memperlihatkan tekanan angka tersebut disumbang oleh indeks Pembuatan (8.1%) diikuti indeks Bekalan Air (4.3%) dan Bekalan Elektrik Gas (1.2%).
Namun, kenaikan tersebut telah diimbangi dengan penurunan kos dalam indeks Pertanian, Perhutanan & Perikanan sekitar -15.5%, manakala indeks Perlombongan pula kekal tidak memaparkan perubahan pada status kosnya.
Malah kos dalam indeks Bahan Mentah juga dilihat semakin menurun -6.4% bagi tempoh ini, diikuti indeks Bahan Perantaraa, Bekalan & Komponen sekitar -0.8%.